Friday, May 29, 2009



Pada bulan April, saya dan Desirae pergi ke Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan untuk mengambil bahagian dalam peraduan bercerita. Kami berlatih dengan bersungguh-sungguh sebagai persiapan untuk peraduan ini. Walaupun kami tidak menang, kami berasa sangat gembira kerana dapat beradu bakat dengan pelajar-pelajar dari sekolah lain.

Cikgu Noorizan menolong kami. Apabila saya membaca skrip cerita dahulu, saya fikir saya tidak boleh menghafal. Tetapi, saya berusaha bersungguh-sungguh. Selepas itu, kami mesti tambah aksi. Apabila kami tidak tahu buat apa, Cikgu Noorizan selalu menolong kami dan beri nasihat kepada saya.

Saya berasa gementar apabila sampai di Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan. Saya berasa risau kerana saya mungkin terlupa skrip saya. Semua peserta sangat baik. Semua kawan-kawan saya datang untuk memberikan sokongan kepada saya. Saya berasa sangat terharu. Walaupun kami tidak menang, kakak saya dan kawannya menduduki tempat kedua. Saya berasa sangat gembira!

Saya belajar berbahasa Melayu dengan betul. Saya tidak boleh mengaku kalah. Walaupun kami sangat penat, kami berasa gembira kerana kami berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan itu.

No comments:

Post a Comment